Hello ! ^_^

loyalists =D

Monday 20 January 2014

kawan vs kekasih..

found this just now..

cara laki beza kan KAWAN wanita dan TEMAN wanita..

cara pertuturan
ada lelaki yang akan berbual dengan wanita secara lemah-lembut.. konon nya semulajadi.. biasa nya perkara ini tidak disengajakan tapi boleh juga ia menjadi sesuatu yang tersengajakan.. dengan kawan perempuan nya pun dia bermanja-manja and bersayang-sayang bagai di telefon atau msg.. kadang kala kita susah untuk mengenal pasti dengan siapa dia berbicara.. kawan atau kekasih? pasti teman wanita akan berasa kurang selesa apabila mengetahui atau mendengar perbualan sebegitu.. dan kawan-kawan perempuan lain pula bakal tersalah tafsir..

menghabiskan waktu bersama
memang lah manusia menghabiskan masa bersama kawan dan orangg tersayang.. tetapi bagaimana pulak jika seorang lelaki lebih banyak menghabiskan masa bersama kawan perempuan nya berbanding teman wanita nya sendiri? siapa x cemburu dan siapa x marah? dan itu mampu membuatkan kawan wanita mereka serba salah dan bagi yang tidak merasa serba salah.. mereka adalah jenis perempuan yang suka ambil kesempatan.. namun, jika si kawan tadi sudah menyalah anggap layanan daripada kawan nya dan mula menyimpan harapan untuk menjalinkan hubungan cinta.. alamat nya rumit lah keadaan..

membelikan hadiah
alangkah bertuah dan bagus nya jika mendapat seorang lelaki yang rajin malah gemar memberikan hadiah.. tetapi kalau hadiah di berikan kepada kawan-kawan perempuan nya mungkin akan timbul salah faham antara si lelaki dan kekasih nya.. atau lebih parah lagi hadiah buat kawan-kawan semua nya mahal dan berjenama.. tapi hadiah buat kekasih hanya yang biasa-biasa sahaja..

mementingkan kekasih dari kawan
"eh, cepat laa.. saya ada janji ngan member ni !" apakah reaksi kekasih tadi jika teman lelaki nya berkata begitu kepada nya? lebih-lebih lagi apabila member itu adalah kawan perempuan nya ! pasti cemburu habis.. lelaki yang seperti ini perlu tahu membezakan kawan dan kekasih.. sungguhpun kawan itu adalah kawan karib.. kalau benar sayang kan kekasih tak kan sampai begitu? melainkan kalau si dia sebenar nya bermain kayu tiga.. NAH !! ini dah jadi cerita lain.. kisah lelaki gatal yang x cukup satu !! jangan sampai yang di kejar x dapat, yang di kendong berciciran..

sering membandingkan kawan dan kekasih
perbuatan ini pasti sangat menjengkil kan.. masakan tiap kali kekasih nya melaku kan sesuatu, dia akan membanding kan perilaku kekasih nya dengan kawan perempuan nya.. daripada perkara yang kecil dan remeh-temeh hingga lah yang besar.. semua nya dibezakan dan di pertikai kan.. tiada teman wanita yang mahu mendengar nya..

layanan istimewa
walaupun kita lebih terbuka zaman sekarang.. namun, ini tidak bermakna anda boleh berpeluk-pelukan dan sama-sama berbaring dengan kawan-kawan perempuan anda.. mungkin di barat ini merupa kan suatu perkara biasa.. di sana, teman wanita mungkin boleh melihat kekasih nya berpelukan dan bermanja dengan kawan perempuan lain.. tapi jangan lah lupa.. ini malaysia bukan nya america.. namun, perasaan syak wasangka juga akan timbul.. apalagi di negara kita berlaga pipi saja dah heboh satu dunia.. jadi, para lelaki.. jika kekasih tidak suka anda berperilaku seperti itu (bermanja-manja, bersayang-sayang dengan perempuan lain) biar pun dia kawan baik anda.. JANGAN LAH LAKUKAN NYA !! bagi perempuan pula, jaga lah adab kamu.. jangan pulak kamu dicop sebagai pihak yang merosak kan hubungan orang lain.. atau lebih dikenali sebagai PERAMPAS..

faham sendiri kott..

No comments:

Post a Comment