Helloooooooooooo ! ^_^

loyalists =D

Thursday, 30 June 2016

H.I.D.U.P.

hidup ini ibarat roda...
kadang2 kita di atas...
dan kadang2 tu kita di bawah...

namun,
untuk mengharungi nya...
bukan semudah yang kita sangka...

terdapat pelbagai liku yang harus ditempuhi...
dan yang pastinya ialah...
semua orang pasti akan turut mengalaminya...

cuma yang membezakannya adalah...
bagaimana seseorang itu berdepan dan bagaimana cara mereka mengatasinya...

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
hidup tidak selalunya indah...
langit tak selalu cerah...
suram malam tak berbintang...
itulah lukisan alam...
begitu aturan Tuhan... =)
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Thursday, 4 February 2016

'salah pilih kawan!'

i'm totally disagree with this statement !

pada aku takda hal lah kalau kau nak kawan dengan sesapa pun. kau kawan laa dengan orang miskin ka, orang kaya ka, orang sempurna ka, yang ada kekurangan ka. semua tu sama ja sekalipun kawan kau tu takda masa depan. (maaf cakap)

berkawan ni bebas sebenarnya. and ya kau jugak mmg bebas dalam memilih kawan. tapi kalau terlampau memilih pun tak boleh ah.

aku sendiri jenis berkawan dengan semua. yang baik ka, tak baik ka, yang hensem ka, yang dak ka memang semua aku bedal. pada aku tak salah kawan. yang kawan aku punya musuh pun aku boleh berkawan. dan dari situ jugak kau akan mula belajar sesuatu secara tak langsung. tapi bergantung jugak la cara kau 'blend' dgn seseorang tu.

kalau kat campus pun memang aku jenis senyum ja kat sapa aku suka. kenal ka dak tu belakang cita. eh, tu pun kalau mood tgh baik laa. kalau datang mood angin monsun, bukan takat senyum, muka kau pun aku takmau tengok ! HAHAHA..

tapi tu laa dulu field aku accounting and sempat ambik setahun ja, pastu tukar finance. takyah laa tanya kenapa. rasa nya kau pun tau. then kalau accounting dulu mmg aku kawan dgn kawan yg aku biasa ja sbb class untuk budak accounting and kos lain tak campur sebab subject code lain walapun nama subject kau sama. so kau kira within that area ja. kau hai dia. kau bye pun dia. mmg muka sama ja. but since aku dh tukar finance, wide sikit laa 'hai hai bye bye' ni. class pun banyak campur dengan budak marketing, mangement, economics and jadah bagai lagi. so start dari situ aku banyak jugak laa kenal orang. dan mcm-mcm perangai jugak yang aku jumpa. dari sebaik-baik umat sampai lah sejahanam-jahanam setan ! semua tu kawan aku. ya, itulah hakikat dan tidak aku nafikan. =)

then, aku jugak suka kawan dengan orang yang lagi tua dari aku. pada aku tu akan buat aku berfikiran matang secara tak langsung. tapi bukan bermaksud aku tak kawan dengan spesis-spesis yang sama tahun babi ngan aku ni tau. jangan salah sangka pulak ! hempuk kang. (yup. jgn tak tahu gua lahir tahun babi tau. hahahaha) 

ada ja orang tanya,
"macam mana kau deal dgn budak tu ha?? dah la suka take advantage.  and bla bla bla"
mcm mana aku deal dengan orang spesis mcm ni eh ? hm.. actually, benda cm ni takdak hal lah. kalau jadi kat kau, takyah pening pala bagai. kau waras kan ?! so, positif ja. HAHAHA.. takda la, sebab aku still ada ja kawan cm ni. cuma pepandai la fikir. kau tau kan dia jenis mcm tu, so mcm biasa takyah laa dok bodoh naa pi ikut perangai dia tu. kalau perlu kau tegur la. kalau tak kau diam ja. sebab ya la kan, tak semua orang boleh terima bila kena tegur. tapi tak pa, kau chill ja k selagi benda tak effect kau. 

dan bila mana kau ada kawan budak pandai. kau sedut la pandai dia tu sikit-sikit. maka, dapat lah kau tempias pandai dia tu. tak banyak takpa, sisa pun jadi laa. HAHAHA.. kau fikir negative en !! maksud aku, kau kalau dah ada kawan pandai tu, belajar laa dari kepandaian dia tu. kalau tengah study tu ada benda yang kau musykil, mintak la tunjuk ajar dia. ye, aku tau mintak-mintak ni tak bagus, tapi sampai bila kau nak jadi bebal ye dok ! 

unless kalau kawan kau yang pandai tu jenis manusia yang kedekut ilmu, tak payah la kau buang masa menagih simpati pada yang tak sudi. TAPI bila mana kau seorang yang pandai, jangan lah sesekali kau kedekut ilmu ! ingat, pandai kau tu pun Allah yang bagi, so takyah nak kekwat sangat k. 

(aku tak point kau yang tgh baca ni la. jangan risau k ! senyum sikit) ^_^

alrght, cun ! meh ni nak share something.

ok, ada sorang kawan aku ni, lelaki. aku noticed dia dari sem lepas which is quite baru jugak laa. aku satu class marketing dengan dia but we're in different group. mula-mula dulu, aku rasa dia ni kerek gila but dalam masa sama aku rasa dia ni actually baik ja. ya la dengan speaking london (sebutan melayu) bagai mana aku tak fikir gitu enn. and aku x pernah pun borak one-to-one ka apa ka dengan dia but aku tau his name. and now banyak jgk la sama class dengan dia.

and unfortunately this sem aku satu group dengan dia for CT subject (bukan subject sebenar). from there, ada la start cakap-cakap sikit but not that borak-borak bagai. kadang-kadang kalau terserempak kat campus, mcm biasa la aku hai ja dia. pernah one time tu, we just finished our class then, ada gap like 1 hour mcm tu, i saw him from somewhere mcm tgh rush gitu. but he still hai aku la, and asked u have class after this ke? aku jawab n ckp-ckp kosong sikit. after awhile he mintak permission nak bla sebab dia tak solat lagi ! so, he went to da nearest surau to perform prayer.  

then tadi pun we had a last minute discussion. we met at library. before tu dia call saying that dia baru ja submit his group assignment and baru nak hv lunch. padahal time tu dalam pkl 5 lebih. so, i was like ok pegi je la. actually, dia serba salah sebenarnya sebab before tu patut nya ada discussion but dia overslept bagai (hectic week ever sbb banyak duedate assignment). and masa aku call tanya mana dia park barang-barang dia semua, he did mention yang lepas makan dia nak solat dulu and then baru la jumpa dekat library. and before this pun ada ja nmpak dia pergi surau bagai.

alright maybe kau akan ckp,
"apa doh kau carut ni ! tulis berjela bagai. cakap ja la kau suka dia kan ??!"
ok la aku admit aku mmg suka dia. dafuck ! HAHAHA.. takda la, gurau ja. just aku salute la dengan orang mcm tu. apa yang aku nmpk sesibuk mcm mana pun dia, solat tak pernah tinggal ! ya, thats the thing. mungkin kau nampak benda ni perkara biasa ja di mana kita sebagai umat Islam kan mmg wajib menunaikan solat fardu 5 kali sehari. tapi kau kena ingat, tak semua mampu mcmtu ! aku sendiri kadang-kadang leka sampai terlepas waktu. ='(

and yes, i do respect him a lot !

anyway, doakan aku dapat suami yang cm dia nih. LOL.. >_<

k ah, pepandai kau hadam apa aku carut ni. mana baik ambik, kalau tak ignore ja. jangan plak kau bingai naa pi ambik jugak. pastu gi canang (jaja) cakap aku yg ajar kau carut.

ada yang kena sekeh pala sat gi kang ! -_-

HAHAHAHAHA !