Hello ! ^_^

loyalists =D

Friday 28 February 2014

hati..

tak mampu ku dustai rasa ini
cukuplah dengan pertautan hati
perkemas akhlak dan jati diri
awasi hati dan anggota, takutkan Ilahi

sungguh berat menggalas perasaan ini
tatkala pacaran menjadi budaya
mujur wahyu menunjuk cara
jangan diikut sebahagian besar manusia

cintaku bukan cinta murahan
jati diri benteng pertahanan
cabaran komunikasi ku tundukkan
mengawal nafsu formula kekuatan

ku ingin hadiahkan cinta suci ini
buat insan yang ku nikahi
dengan Allah sebagai juri
bukan nilaian nafsu sendiri

insyaallah..

Thursday 27 February 2014

sekadar coretan..

tiada apa yang mahu diluah kan..
sekadar bertandang mengisi kekosongan..
tempat keramat diri ini..
di mana berbicara mengguna kan hati..
walaupun jemari menari-nari..
tidak pula senada dengan irama..
sekadar mengikut rentak nya sahaja..

luka yang dulu cuba dibaluti..
kenangan silam terus menghantui..
di samping benteng menjadi paksi..
pelbagai penawar cuba diperolehi..
demi menghapus segala duka..
termasuk membuat penawar sendiri..
namun..
kegagalan juga yang ditemui
ibarat sudah tidak punya kekuatan lagi..

sekadar mencuba nasib diri..
berbekal kan fitrah semulajadi..
punya keinginan untuk mencintai..
merasai bagaimana memiliki dan jua dimiliki..
bimbang terserlah di hati ini..
adat lah manusia begini..
tidak semua yang punyai hati..

Sunday 9 February 2014

hamba Allah..

ya tuhan
sesungguhnya aku tidak layak
untuk menagih syurgaMu
tidak pula aku mampu
untuk menahan seksaan api nerakaMu
kurniakan lah aku kekuatan
dalam memohon taubat dan hidayah
buat perisai mengejar keampunanMu
mengharap kasih sayangMu
merindukan limpahan rabbaniMu
untuk ku cipta kasih abadi
untuk ku damba cinta sejati
aku gerunkan gaharMu
resah dan pedih membayangi azabMu
agar cintaMu yang kian berputik ini
menjadi pujanggahamba yang jahil
seperti aku
agar aku dapat temui
cinta sejatiku
cinta hakikiku
biar diri hina dan gersang
dalam menagih kasih dan rahmatMu