ada tu yang bernasib baik
dan ada tu pulak yang kurang..
bagi yang bernasib baik itu
mereka dikira beruntung..
dan harus bersyukur di samping menghargai nikmat yang telah diberikan..
contoh nya nikmat kasih sayang, kepandaian, kesihatan, kemewahan, keselesaan dan sebagainya..
sedangkan masih ada ramai lagi di luar sana yang kurang bernasib baik..
dan hidup mereka dipenuhi dengan pancaroba,
keperluan tidak mencukupi, diuji dengan pelbagai ujian, ditarik nikmat kesihatan..
dan ada tu pula yang hanya bergantung harap pada insan lain..
jika mereka tersisih dari masyarakat juga tiada siapa yang ambil peduli
melainkan ada di antara mereka yang prihatin dan cakna akan keadaan sekeliling..
semua itu berlaku bukan nya atas permintaan mereka..
dan mereka juga tidak boleh menyalahkan takdir atas apa yang telah terjadi..
setiap yang berlaku itu pasti ada sebab dan hikmah nya..
dan Allah juga tahu apa yang terbaik buat hambaNya
cuma kadang-kadang tu
terdapat segelintir daripada mereka yang sering merungut
dan sering menyalahkan takdir..
seolah-olah mereka itu tidak bersyukur atas apa yang telah Allah kurniakan..
( nauzubillahi min zalik )
No comments:
Post a Comment