Hello ! ^_^

loyalists =D

Friday, 23 August 2013

perempuan vs bantal..

* kenali sifat perempuan apabila 'beraksi' dengan bantal  =)

1) memeluk bantal
- mereka yang memeluk bantal biasa nya berjiwa seni dan manja
- mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera
- perasaan mereka yang halus dan jiwa mereka yang romantik
- kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi
- mereka juga prihatin terhadap kesusilaan

2) menggunakan banyak bantal
- mereka biasanya kurang keyakinan
- dalam kehidupan seharian, mereka memerlukan banyak pendamping
- mereka jarang membuat keputusan sendiri sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain

3) tidur dengan satu bantal
- mereka bukan jenis yang mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya
- mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata

4) meletakkan bantal di bawah kaki
- mereka mempunyai sifat kurang baik
- mereka jarang bergaul dengan ramai orang malah kaku dalam pergaulan
- ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois
- mereka gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita
- mereka juga tidak suka berusaha

5) tidur tanpa bantal
- mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi
- kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego


-------------------------------------------------------------------------------------------------------


xtau la sejauh mane kesahihannya..
sekadar berkongsi..

hehehe..   =D


Wednesday, 21 August 2013

nasib..

setiap orang berlainan..
ada tu yang bernasib baik 
dan ada tu pulak yang kurang..

bagi yang bernasib baik itu
mereka dikira beruntung..
dan harus bersyukur di samping menghargai nikmat yang telah diberikan..
contoh nya nikmat kasih sayang, kepandaian, kesihatan, kemewahan, keselesaan dan sebagainya..

sedangkan masih ada ramai lagi di luar sana yang kurang bernasib baik..
dan hidup mereka dipenuhi dengan pancaroba,
keperluan tidak mencukupi, diuji dengan pelbagai ujian, ditarik nikmat kesihatan..
dan ada tu pula yang hanya bergantung harap pada insan lain..

jika mereka tersisih dari masyarakat juga tiada siapa yang ambil peduli
melainkan ada di antara mereka yang prihatin dan cakna akan keadaan sekeliling..

semua itu berlaku bukan nya atas permintaan mereka..
dan mereka juga tidak boleh menyalahkan takdir atas apa yang telah terjadi..

setiap yang berlaku itu pasti ada sebab dan hikmah nya..
dan Allah juga tahu apa yang terbaik buat hambaNya

cuma kadang-kadang tu
terdapat segelintir daripada mereka yang sering merungut
dan sering menyalahkan takdir..
seolah-olah mereka itu tidak bersyukur atas apa yang telah Allah kurniakan..

( nauzubillahi min zalik )